dakwah santai

Sebuah Program Dakwah Santai yang bertujuan untuk mendekatkan remaja dan kanak-kanak dengan suasana dan ‘ambient’ surau dan madrasah. 

562740140357 MAYBANK AKADEMI DARUL FUTUH

Tuan puan boleh terus menyumbang kepada projek ini melalui akaun kami yang tertera di atas. Untuk melihat segala aktiviti dakwah yang telah kami laksanakan, sila like facebook kami di: http://facebook.com/madrasahdarulfutuh

Mengapa perlu mereka?

Anak-anak Aset Masa Hadapan

Kanak-kanak dan remaja adalah aset ummah pada masa akan datang. Mereka perlu dididik dan dibina sebaiknya kerana merekalah yang akan memimpin umat ini suatu masa nanti. Keruntuhan akhlak dan kemunduran ilmu yang menyerang golongan remaja masa kini pastinya akan mengakibatkan malapetaka pada esok hari. 

Justeru, demi kecemerlangan ummah, anak-anak ini perlu segera diisi dengan segala macam persiapan terutamanya yang berkaitan dengan ILMU, AKHLAK DAN KEMAHIRAN dengan sebaiknya dengan menjadikan ISLAM sebagai asas acuan dan pembentukan jatidiri. 

Melalui program Kelab Ping Pong Remaja Darul Futuh ini, kami berharap agar anak-anak remaja dapat meluangkan masa bersama kami melalui program sukan ini, dan aktiviti dakwah yang diserapkan bersama. Ahli kelab diwajibkan untuk ikutserta dalam segala aktiviti dakwah yang dirancang sesuai dengan usia mereka. 

 

Sertai misi dakwah santai ini.

Sumbangan anda dalam misi dakwah ini pastinya akan memberikan kesan yang positif kepada program pengisian remaja.  

Sumbangan tuan puan akan digunakan untuk membeli peralatan berikut:

 
0% funded
RM 30.00
Personal Info

Donation Total: RM30.00