Projek pembangunan dan naik taraf ini bertujuan untuk memberikan keselesaan dan kenyamanan kepada para tetamu Allah yang datang beribadat di Surau Madrasah Darul Futuh.
Projek ini melibatkan:
- Naik taraf dan pembesaran dewan solat muslimin dan muslimat
- Pembinaan laluan utama surau.
- Pembesaran dan naik taraf anjung surau.
Kepada mereka yang berminat untuk turut serta dalam projek ini, boleh la menyalurkan bantuan ke akaun di bawah:
Maybank – Akademi Darul Futuh – 562740140357
عن عثمان رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم : من بنى مسجداً لله بنى الله له في الجنة مثله
Daripada saidina Uthman r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “barang siapa yang membina masjid untuk Allah, maka Allah akan bina baginya seumpamanya (seumpama masjid yang dibinanya di dunia) di dalam syurga”.
Surau Madrasah Darul Futuh telah dibina sekitar tahun 1993. Kini surau ini menjadi sebuah nadi dakwah bagi penduduk sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan di surau ini adalah:
- Solat berjemaah 5 waktu.
- Pusat pengajian ilmu bagi masyarakat setempat melalui kelas-kelas pengajian agama merangkumi kelas al-quran dan tajwid, tafsir, fiqh, tasawwuf, bahasa arab dan pelbagai.
- Pusat latihan bertemakan agama, dakwah dan kemahiran lain seperti kem smart solat, kem smart photografi, kem motivasi remaja dan lain-lain.